Friday, March 20, 2009

TERLUPA


Kekadang aku terlupa,
tentang aku sebenarnya,
bukan anak orang kaya,
bukan orang yang berharta…

Di sana ibuku bekerja,
Menahan lapar dahaga,
Makan pun takut,
Takut aku di sini sengsara…

Aku di sini,
tak pernah ambil peduli,
asal kemahuan aku dituruti,
asal keinginan aku dipenuhi.

Kekadang menangis sendiri,
Kerana perut belum diisi,
di muka pintu dia menyendiri
Kenangkan baki usia yang perlu ditempuhi.

Aku memang pelupa,
Janji yang pernah dipatri,
Dengan Zat Yang Maha Esa,
Dengan Zat Yang Maha Kuasa.

Apa aku fakir dia lupa???
Tidak,tidak… Cuma dibiarkan saja,
Kerana telah tersurat dalam perjanjian,
Setiap tindakan diberi ganjaran…

Bodohlah aku, celakalah aku,
Kalau aku terus lupa,
Kerana aku masih diberi masa,
untuk aku ingat semula…

No comments: