Thursday, July 23, 2009

Debat Meja Bulat Open Air - Gunanya sastera.


Masyarakat Melayu setempat haruslah sentiasa diperingatkan tentang salsilah mereka, warisan jati diri mereka. Dengan selantang suara, berani dinyatakan di sini bahawa golongan Melayu sudah mula lupa akan akar mereka. Dengan melandanya badai globalisasi yang menghakis kebudayaan kita, ramai anak bangsa Melayu, lebih-lebih lagi generasi muda Melayu yang mula mempersendakan tradisi kerana terlalu mengagung-agungkan akal budi dan logik akal. Tiada salahnya sekiranya kita mengambil Barat sebagai contoh jika seandainya anak muda dipupuk dan diajar terlebih dahulu agar beriman kepada konvensi budaya sendiri. Maka dengan demikian, mereka akan dapat menilaikan dan membezakan antara nilai positif dan membidas nilai negatif.

Hilang bahasa, tenggelamlah budaya. Mana mungkin sastera Melayu kembali ke puncaknya? Walaupun ada pihak yang bertungkus lumus memperkenalkan kembali kepentingan sastera dan bahasa (melalui bengkel kesusasteraan, menganjurkan sayembara, peraduan penulisan dsb) tetapi masyarakat seakan masih lentuk dan enggan ikut sama berjuang atau sekurang-kurangnya menyokong.
Antologi puisi, drama, cerpen, novel dan karya-karya sastera lain tidak diendah langsung dan dibiar tersadai di kedai-kedai buku. Golongan tertentu seperti guru Melayu juga kurang memberi perhatian kepada usaha memperkayakan jasad kesusasteraan yang kian lemah. Sekiranya ada di antara golongan jurutera, doktor dan peguam sanggup meluangkan masa, berusaha gigih menulis secara kreatif, mengapa hanya segelintir sahaja dari golongan pendidik yang melakukan sedemikian. Apakah kita akan hanya sibuk mencari-cari apabila sesuatu tiada lagi? Menghidu sisa akibat kedaifan diri?
Justeru, Debat Meja Bulat Open Air memberi satu impak negatif kepada Janggutmas betapa nilai sastera melayu itu kini cuba diperjudikan nasibnya dek pemikiran yang berlandaskan rasional akal pada masa kini. Dalam Debat tersebut Janggutmas dikritik hebat oleh pendebat lain atas alasan tidak dapat memberikan hujah sahih . Di sini Janggutmas ingin kemukakan hujah sahih tentang pentingnya sastera dalam kehidupan dulu, kini dan selamanya. Ikuti Huraian di bawah.

a. karya sastera sebagai sumber data bagi penyusunan tatabahasa;

Walaupun sastera sering dikatakan memiliki tatabahasanya sendiri, iaitu yang
disebut oleh Slametmuljana (1966 dan 1969) sebagai gramatika stilistika atau
yang dikatakan William O. Hendricks (1976) sebagai grammar of style, namun
dengan berdasarkan pada hakikat bahawa bahasa sastera itu tetap dalam
Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu 511
lingkungan bahasa umum juga, maka karya sastera dapat menjadi salah satu
sumber data bagi penyusunan tatabahasa.
Apabila Prof. Asmah Haji Omar (1978) menyatakan bahawa bahasa Melayu
tulisan yang ada sekarang ini merupakan lanjutan daripada bahasa kitab Sejarah
Melayu yang ditulis dalam abad ke-17 pada zaman Kerajaan Johor, hakikat
yang tidak dapat kita tolak ialah bahawa Sejarah Melayu sebagai karya sastera
memang dapat menjadi sumber penyusunan tatabahasa Melayu. Yang saya
maksudkan ialah bahawa pola-pola dasar, yang dalam disiplin linguistik disebut
rumus-rumus, yang menerbitkan ayat-ayat dalam Sejarah Melayu sampai
sekarang sebenarnya masih dipertahankan, meskipun bentuk dan lenggok
zahirnya terasa asing oleh kita (Awang Sariyan, 1984).

b. karya sastera sebagai sumber perkamusan

Dengan memahami hakikat kamus sebagai rujukan tentang kekayaan budaya
bangsa melalui bahasa, sudah semestinya karya sastera mempunyai peranan
yang besar sekali dalam penyusunan kamus. Hal ini demikian kerana sastera
merupakan salah satu sumber kekayaan budaya bangsa juga. Budi, perasaan
dan pemikiran masyarakat terjelma juga dalam karya sastera.
Oleh sebab itu selayaknyalah karya sastera menjadi salah satu sumber
data bagi penyusunan kamus, terutama kamus umum. Karya sastera bukan
hanya dapat menyajikan kata-kata sebagai data mentah yang dapat menjadi
masukan atau entri kamus, malah yang lebih penting ialah penggunaan katakata
dalam pelbagai konteks dan pengertian khusus.
banyak kata daripada karya sastera Melayu Klasik dalam kamusnya A Malay
- English Dictionary ternyata memberikan sumbangan yang amat besar kepada
pembinaan bahasa Melayu, khususnya daripada sudut etimologi. Kata-kata
yang ejaannya menimbulkan kekeliruan dengan mudah dapat kita pastikan
bentuknya yang betul dengan merujuk kepada kamus tersebut.
c. karya sastera pertumbuhan tradisi persuratan;

Sastera diungkapkan melalui media lisan dan juga tulisan. Menurut sejarah,
media lisanlah yang pertama-tama menjadi wadah sastera. Sehingga sekarang
ini, tradisi sastera lisan masih kelihatan kesan dan pengaruhnya.
Walau bagaimanapun sangat terang pada kita bahawa tradisi tulisan atau
persuratanlah yang akhimya menjadi wadah yang dominan dalam pertumbuhan
sastera sesuatu bangsa, tidak terkecuali sastera Melayu. Proses penciptaan
karya sastera sekarang ini lebih bersifat penulisan daripada lisan. Bukti
yangjelas ialah bahawa puisi atau sajak yang lebih hidup apabila dideklamasikan
temyata ditulis terlebih dulu, baru kemudian diucapkan.

d. pengucapan sastera dan retorik;

Salah satu aspek keindahan dan kekuatan sastera ialah aspek bunyi dan
pengucapan. Sebuah puisi, misalnya, lebih meninggalkan kesan apabila
diucapkan. Sehingga kini kita sudah mempunyai tradisi pengucapan puisi yang
mantap dan berkesan. Dapat dirumuskan bahawa pengucapan puisi Melayu
yang ada sekarang ini bersifat fonemis, iaitu katakata diucapkan sebagaimana
yang dieja. Rupa-rupanya pengucapan puisi yang fonemis sifatnya itu
meninggalkan kesan retorik yang kuat.
Apabila sekarang ini kita berusaha menetapkan sebutan baku, timbul saran
supaya sebutan baku itu didasarkan pada prinsip fonemik. Selain beberapa
banyak sebab lain mengapa prinsip fonemik patut dijadikan dasar sebutan
baku, satu sebab yang dapat kita kaitkan dengan sifat pengucapan puisi ialah
kesan retorik yang timbul daripada pengucapan fonemis itu. Walaupun
pengucapan kita dalam pidato, syarahan dan sebagainya tidak sama benar
dengan pengucapan ketika kita mendeklamasikan puisi, kerana pengucapan
puisi harus menitikberatkan hal-hal lain seperti pemenggalan, pemanjangan
dan sebagainya. Namun kesan retorik yang timbul daripada pengucapan
fonemis itu dapat diperkuat prinsip fonemik bagi sebutan baku bahasa Melayu.
e. karya sastera sebagai peningkat estetik bahasa;

Sesuai dengan sifat istimewa bahasa sastera yang terhasil daripada manipulasi
bahasa, peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat juga dilihat
daripada sudut peningkatan estetik bahasa.
Karya-karya sastera bukan hanya memaparkan realiti dan menyampaikan
amanat semata-mata, malahan harus mementingkan teknik penyajian. Dalam
hal teknik penyajian itulah gaya bahasa memainkan peranan. Isi dan bahasa
sebagai alat penyampaian isi berpadu sehingga gaya bahasa turut menentukan
isi.
Keindahan dalam sastera dapat dilihat pada aspek bunyi, ungkapan dan
ayat. Dalam aspek bunyi, karya sastera menampilkan unsur seperti aliterasi,
asonansi dan rima. Dalam hal ungkapan, karya sastera memperkaya bahasa
dengan metafora, simili, personifikasi, hiperbola dan sebagainya. Dalam hal
ayat, pemilihan di antara gaya nominal dan gaya verbal, di antara ayat mudah
dan ayat majmuk dan sebagainya mencorakkan bahasa sastera menjadi suatu
ragam bahasa yang bersesuai.
Kepadatan bahasa yang terungkap dalam puisi lama seperti gurindam,
seloka, pantun dan syair dan yang terungkap juga dalam sebahagian puisi
moden dengan jelas memperlihatkan suatu proses penghalusan serta suatu
peningkatan estetik bahasa Melayu.

f. karya sastera sebagai bahan pengajaran dan pemelajaran bahasa

Peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat juga dilihat daripada
sudut pendidikan bahasa. Matlamat pendidikan bahasa yang utama ialah
memberikan kemahiran bahasa kepada pelajar supaya dengan adanya
kemahiran itu dapatlah pelajar memperoleh pengetahuan-pengetahuan lain
yang berbagai-bagai. Dalam hubungannya dengan matlamat memberikan
kemahiran bahasa itu, karya sastera yang terpilih dapat dijadikan bahan
pengajaran bahasa. Faedah menggunakan karya sastera sebagai salah satu
bahan pengajaran bahasa terletak pada kenyataan bahawa karya sastera
menampilkan pengalaman manusia sehingga pengajaran bahasa menjadi lebih
hidup dan berkesan
g. Sastera sebagai penyatu negara serumpun.

Peranan sastera dalam menyatukan bahasa Indonesia, bahasa Malaysia
dan bahasa Melayu di Singapura dan di Negara Brunei Darussalam, secara
evolusi telah berjalan dengan cukup berkesan selepas Perang Dunia Kedua.
Usaha ini dilakukan oleh penulis-penulis baik disedari mahupun tidak disedari
ketika mereka melahirkan tulisan kreatif meraka. Cara kedua dilakukan oleh
badan-badan penulis ataupun kegiatan kolektif, apabila mereka mengadakan
pertemuan dengan dihadiri oleh penulis-penulis dari empat negara Nusantara
yang menggunakan bahasa serumpun itu.
h.Peranan sastera terutamanya sastera Melayu dapat membina insaniah dalam kehidupan manusia.
i.A. Samad Said (1997: 35) pula menyatakan bahawa peranan sastera sebagai rakman dan renungan interaksi insan seni dengan masyarakat dan masalah mereka.
j.mengembalikan nilai sejagat yang bersifat kemanusiaan sebenarnya terkandung dalam sastera.
Bahasa dan sastera umpama irama dan lagu, kedua-duanya saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu mula bergerak seiring jalan apabila Jepun mengambil alih tampuk pemerintahan sama ada di Tanah Melayu ataupun di Singapura. Kekalahan Kerajaan Inggeris dan kekejaman pemerintahan Jepun telah menyalakan semangat kebangsaan. Mestipun tempuhnya amat singkat, namun zaman itu telah berhasil mendorong dan mendesak orang Melayu melancarkan perjuangan politik ke arah kemerdekaan sama ada melalui parti politik ataupun pertubuhan-pertubuhan yang bersifat bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan. Kerana bahasa dan sastera kita telah bangun dari zaman kegelapan,justeru apabila sudah bersenang sekarang janganlah jasanya kau ragu lagi.Ayuh pejuang bangsa,kita martabatkan bahasa dan sastera.Cukuplah nukilan kali ini. "Biar beribu manusia menuding jari meragukan kepentingan bahasa dan sastera goyah aku tidak sekali.Janggutmas.
Debat dijalankan di open air Kapit disertai 5 orang pendebat.
Kushaari-Penjahat Debat
Shah- Batu Api Debat
Sepo - Punca Debat
Rizal - Terpaksa Debat
Osman - Penjaga masa.

7 comments:

shah said...

soalan:
1.status kamus?rumus atau guideline?

2.satu contoh sastera digunakan sebagai contoh ketika bercakap dengan orang tua.etika percakapan dikatakan sastera.persoalannya adakah orang yang belajar atau minat sastera lebey beretika atau bersopan bila menegur orang tua?jika tidak apakah perlunya belajar satera di sekolah?

3.apa perlunya mata pelajaran sastera di seklah jika nilai2 sastera boleh dipelajari sendiri melalui pemerhatian,pembacaan dan pengalaman

4.masih relevankan mata pelajaran sastera di sekolah dalam sistem pembelajaran satera?

shah said...

p/s:
aku nih x phm...bkn pemusnah bahasa..hahaha

Unknown said...

jwpn
1.status kamus adalah sebagai tmpt menyimpan entri-entri dalam sesuatu bahasa sebagai rujukan.Ia adalah berdasarkan rumus sesuatu bahasa.Contoh makan.apabila di tambah imbuhan ter- seperti rumus [ter + makan]membawa maksud perbuatan tidak sengaja. Ia juga adalah guidline. Contoh : kepada pelancong yang ingin belajar bahasa atau mungkin pengguna itu sendiri.

2.Ya.Pembelajaran sastera secara sedar atau tidak sedar dipelajari oleh setiap insan di Malaysia meskipun dia adalah berpendidikan sains tulen.cakap berlapik(cth:buang air besar+berak)atau berkias (aku nak guna duit la skrg ni = hutang aku bila nak bayar)selalu dipraktikkan dalam kehidupan seharian adalah satu komponen sastera.Dimana perkara-perkara ini dipelajari.Sudah tentu ketika di sekolah dahulu.Justeru perlu sastera di sekolah.

3.Belajar tanpa guru adalah laluan kepada kesesatan. Pelbagai tafsiran salah akan diandaikan sekiranya tidak belajar dengan guru.Contoh:penggunaan aku di kalangan masyarakat Iban adalah satu penggunaan harian termasuk kepada ibu bapa.Jika diperhati aspek ini dan dipraktikkan di semenanjung perkara ini adalah satu kebiadaban.

4.Ya,masih relevan.Pelajar-pelajar dari aliran inilah yang bakal menggalas tanggungjawab meneruskan perjuangan bahasa dan satera kelak

ralat:pemusnah bahasa tukarkan kepada x faham bahasa>hahahahahhahahhahahahhahah

Muallim Adham said...

gapo dia nih skuod... ndak nemu aku... kalo (4x)^3-5x=0 bleh la selasai... goni ni pyh nk vari jawapan

shah said...

soalan no 3 2 aku x puas ati jawapan ko 2...jawapan yang sesuai cam nih..pembelajaran kan de 2..formal dan x formal.kat umah x formal.kat skul formal.so kalau belajar ngan ayah kre belajar x formal.xkan belajar ngan ayah nak menuju kesesatan lak kot?ha...jawab2

Unknown said...

gua refer pd lu punya statment that u can learn sastera melalui pemerhatian. that why i said if u refer the contoh yg salah u will get the wrong perception.example as i given before. do you really learn from your father actually. i dont think so.u learn from inviroment much more than u learn from yr fahther right.huhuhuhhuhu.
now i know that i sound silly when i speak malay.

shah said...

2 contoh jek..belajar dari ayah..satu contoh jek..xley la masuk sume contot..pejuang bahasa melayu x ckp omputeh..hahaha...mane kusak nih x komen lagi